Resepi Makaroni dengan Sos Daging

0

Resepi Makaroni dengan Sos Daging

Bahan-Bahan:

300 gm makaroni – direbus dalam air garam dan tepikan
300 gm daging cincang/hiris

Bahan Sos Daging –

5 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu kecil
3 sudu besar cili kisar/boh
1 tin sederhana sos tomato puree
5 ulas daun selaseh dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Secubit serbuk oregano
1 sudu besar parmesan cheese
2 sudu besar bawang merah goreng
Minyak zaitun untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Letak bawang putih dan bawang besar, tumis hingga ia bangkit baunya.

2. Kemudian, masukkan cili kisar, tumiskan hingga ia sebati. Masukkan daging dan sos tomato puree. Gaulkan rata.

3. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula sedikit. Taburkan daun selaseh dan serbuk oregano. Biarkan daging masak dan empuk.

4. Bila sudah masak taburkan keju parmesan pada bahan sos. Tuangkan sos atas makaroni yang telah direbus tadi. Letakkan sedikit serbuk keju parmesan di atasnya. Hidangkan.

Resepi Makaroni dengan Sos Daging

Resepi Oleh: Chef Joha Hassan

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.