Resepi Kuih Peria

0

Resepi Kuih Peria

Bahan Doh:

2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 – 2 cawan santan secukupnya yang diblend bersama 3 helai daun pandan dan ditapis diambil jusnya.
1 sudu kecik garam
Sedikit pewarna hijau

Cara membuat Doh:

1. Masukkan semua bahan yang dinyatakan di atas kecuali santan. Gaul dan sebatikan. Masukkan santan sedikit demi sedikit.

2. Sebab itu tiada sukatan tepat, bergantung kepada kualiti. Uli hingga menjadi doh.

3. Gentel bulat doh dengan ukuran yang sama untuk dapatkan saiz kuih yang sama. Ketepikan.

Bahan Inti:

1 cawan gula merah yang ketulan kecil tu
1 cawan air
1/2 biji kelapa parut
3 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan disimpul

Cara Buat Inti:

1. Masak kesemua bahan di atas menggunakan api sederhana kecil. Panaskan air hingga mendidih bersama daun pandan, masukkan gula merah, gula pasir hingga larut dan barulah dimasukkan santan bersama isi kelapa. Kacau sebati. Dah siap kesemuanya.

Cara Membentuk Kuih:

1. Anda perlukan; Daun pisang untuk lapik kuih atau baking paper, sedikit minyak minyak untuk disapu pada permukaan kuih dan Lidi pencungkil untuk jalur peria.

2. Ambil doh yang telah dibulatkan tadi, leperkan dengan penggelek sekali dua,  masukkan inti kelapa gula merah dan bentukkan memanjang menjadi seakan bentuk kuih cek mek molek.

3. Tekan dengan lidi di permukaan kuih bagi membentuk jalur.Siapkan kesemuanya.Jangan lupa lapik dengan daun pisang. Sambil tu panaskan dahulu air dalam pengukus sehingga mendidih.

4. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Untuk dapatkan permukaan kuih peria yang berkilat, sapu sedikit minyak di permukaan kuih. Siap untuk dihidangkan.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This