Resepi Kuih Pandan Bakar

0

Resepi Kuih Pandan Bakar

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 or 2 sudu tepung jagung
3 biji telur (saya letak 4 biji)
Sedikit pewarna hijau – saya guna pes pandan
Sebagai hiasan – sedikit bijan

Cara Membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.

2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan (jika suka).

3. Bakar selama 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapatkan permukaan yang berkerak atau garing bolehlah tambah masa membakar. Saya bakar selama 1 jam untuk menghasilkan kerak yang banyak.

Resepi Oleh: Mis Fisa

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.