Resepi Kuih Kasturi

0

Resepi Kuih Kasturi

Bahan-Bahan:

Bahan Kuih –

1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
Secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning telur

Bahan Inti Kacang Hijau –

250gm kacang hijau – rendam
1 keping gula melaka
1/2 cawan gula pasir – ikut manis disukai
Sedikit garam

Cara Membuat:

Buat Inti –

1. Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur.

2. Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.

3. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat sebesar ping pong dan kemudian dileperkan.

Buat Kuih –

1. Dalam bekas, campurkan tepung, marjerin, garam, gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.

2. Panaskan minyak dalam kuali sehingga benar benar panas, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

3. Kuih yang sudah dicelup pada adunan tepung sedia untuk digoreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan. Goreng sehingga rangup. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tip: Guna sudu untuk celup dan angkat kuih dari adunan tepung untuk mengelakkan tepung nipis di bahagian yang terkena jari kita.

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.