Resepi Kuih Donut Pisang

0

Resepi Kuih Donut Pisang

Bahan-Bahan:

250 gm tepug gandum
1 sudu besar susu tepung perisa original
5 gm ragi segera
2 biji pisang emas/pisang yang disukai – lenyekkan
50 gm gula pasir
40 gm marjerin
1/2 sudu teh garam
2 biji kuning telur
2 titik esen vanila
gula yang dikisar – untuk salutan

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung gandum, gula,susu tepung, ragi segera dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati.

2. Kemudian, masukkan pula pisang, kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

3. Masukkan pula mentega, esen vanila serta garam dan gaulkan hingga doh sebati.Tutup dengan platic wrap supaya doh naik 2 kali ganda dan rehatkan doh selama 45 minit.

4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengah seperti bentuk donut atau boleh juga gunakan acuan donut.

5. Susunkan donut diatas dulang dan rehatkan lagi donut tersebut supaya naik 2 kali ganda lagi dalam 30 minit.

6. Akhir sekali, panaskan minyak dalam kuali dan goreng donut hingga keperangan. Angkat dan toskan.

7. Salutkan dengan gula pasir yang telah dikisar. Hidangkan.

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.