Resepi Kuih Cara Kentang Perisa Jagung

0

Resepi Kuih Cara Kentang Perisa Jagung

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 biji kentang sederhana besar ~ dikupas, dipotong dan direbus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
2 biji telur
3 sb margerin
4 sb bes minumam perasa jagung ~ saya guna Double Lion
garam secukup rasa

Bahan lain –

acuan kuih cara
gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan ~ dipotong dan diikat
minyak masak untuk sapuan pada acuan secukupnya

Cara Membuat:

1. Satukan kesemua bahan A kecuali perasa jagung. Kacau sebati kemudian dimesin hingga halus.

2. Tuang adunan tadi kedalam jag, campurkan perasa jagung dan kacau sebati. Ketepikan dulu.

3. Panaskan acuan kuih cara. Sapu minyak masak menggunakan daun pandan yang telah diikat.

4. Bila dah panas, tuang adunan dalam acuan hingga penuh, sudukan ditengah-tengah adunan sedikit gula pasir.

5. Tutup adunan dengan tudung acuan atau pun tudung periuk. Biarkan kuih masak dengan api sederhana besar.

6. Bila bahagian bawah dah garing dan bahagian atas dah kering, angkat dan telangkupkan dua keping menjadi satu. Hidangkan.

Lagi Resepi Menarik:

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.