in

Resepi Kuih Bingka Ubi

Resepi Kuih Bingka Ubi

Bahan-Bahan :

4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning

Cara Membuat :

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu liat ubi.( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)

2. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka.

9. Potong bila dah sejuk.

bingka-ubi