Resepi Kuey Teow Kantonis

0

Resepi Kuey Teow Kantonis

Bahan-Bahan:

1 pkt Kuey Teow ( dicelur/digoreng sebentar dengan kicap)
isi ayam, udang dan sotong
2 keping fish cake dipotong nipis
1/2 biji lobak merah dibelah dua dan potong menyerong
2 tangkai sawi ( dipotong )
sedikit kobis ( dihiris halus )
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah

Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih sampai garing, masukan air sebanyak 1500ml.

2. Masukan lobak merah, isi ayam, udang, sotong dan fish cake. Biarkan sampai mendidih.

3. Bila dah mendidih, masukkan sos tiram, lada sulah, tepung jagung dan telur.

4. Kacau perlahan-lahan supaya telur dan tepung tidak berketul-ketul.

5. Masukkaan sayur sawi, kobis, minyak bijan, garam dan gula secukup rasa.

6. Letakkan kuey teow atas pinggan dan curahkan kuahnya. Hidangkan.

Resepi Kuey Tiow Kantonis

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This