in

Resepi Ketupat Sotong Kuah Lemak

Resepi Ketupat Sotong Kuah Lemak

Bahan-Bahan:

8-10 ekor sotong gemuk (bukan sotong jarum)
Segenggam beras pulut
1/2kg santan
Secubit halba
2biji bawang merah kecil (mayang halus)
Sedikit halia (mayang halus)
Sedikit air
Garam
Lidi/cungkil gigi

Cara Memasak:

1. Masak beras pulut macam masak nasi. Letak santan sikit atau santan cair. Tak nak pun takpe. Terpulang nak letak santan atau air biasa. Letak garam sikit.

2. Sotong buang kepala, segala benda dalam sotong tu. Jangan lupa buang benda alah pada badan dia. Nanti masak jadi pink kuah tu.

3. Bila pulut dah masak biarkan sejuk sekejap. Lepastu masukkan pulut tu dalam sotong. Jangan padat sangat takut pecah time masak nanti. Lepastu cucuk dengan lidi/cungkil gigi.

4. Letak sotong yang dah letak pulut tu dalam periuk. Letak baki santan tadi. Kalau nak pekat kurangkan air nak cair lebihkan air. Masukkan semua bahan tadi.

5. Masak atas api yang perlahan. Dalam 15-20 minit. Kacau-kacau sikit takut santan jadi berketul-ketul. Siap untuk di hidang. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Farah Abdullah dari MAHN