Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

0

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

Bahan-Bahan:

Ketam
1 Batang Serai
Daun limau purut 10 keping
Daun Ketumbar Segenggam
Cili api – ikut selera
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Asam Keping 1 (besar)
Serbuk Kari 2 Sudu
Cili Giling 3 Sudu
Paste Cili Thai 2 Sudu
Gula & Garam

Cara Memasak:

1. Bersihkan ketam, potong dua, kemudian rebus dahulu. Air rebusan ketam jangan buang, sebab hendak digunakan sebagai kuah nanti.

2. Dalam Periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai hingga naik bau.

3. Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian masukkan paste cili thai.

4. bila sudah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi. Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.

5. Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. Bila mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi bersatu. Hidangkan.

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This