Resepi Keropok Lekor Terengganu

0

Resepi Keropok Lekor Terengganu

Bahan-Bahan:

12 ekor ikan kembong/selayang
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa

Bahan Sos –

Cili yang dikisar
Air asam jawa
Gula Melaka
Tepung jagung
Garam, gula, dan cuka

Cara Membuat:

1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja. Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.

2. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.

3. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.

4. Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.

5. Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terus dengan menggunakan minyak banyak.

6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.

Cara Membuat Sos –

1. Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan. Selepas itu masukkan cili yang sudah di blend, gula melaka dan air asam jawa.

2. Bila sudah mendidih, masukkan garam, gula dan cuka. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.

Resepi Keropok Lekor Terengganu

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This