Resepi Kerabu Perut Tauge

0

Resepi Kerabu Perut Tauge

Bahan-Bahan:

250gm perut
30gm tauge
5 batang kacang panjang | dihiris
½ biji bawang besar | dihiris
2 sudu makan udang kering
1 sudu teh kerisik | jika suka
1 sudu makan gula pasir
½ sudu teh garam
¼ biji lemon | diambil jusnya
10 biji cili padi | dihiris
3 sudu makan kelapa kering | disangai kekuningan

Cara Memasak:

1. Rebus perut sehingga empuk bersama sedikit garam. Ketepikan.

2. Tumbuk udang kering bersama bawang besar dan cili padi hingga halus.

3. Campurkan rata bahan tumbuk bersama perut dan kesemua bahan lain.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa kemudian diperahkan dengan jus lemon.

5. Gaulkan kesemua bahan hingga rata. Sedia untuk dihidangkan.

.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Leave A Reply

Share This