Resepi Kerabu Ikan Bilis Ala Thai

0

Resepi Kerabu Ikan Bilis Ala Thai Yang Sedap

Bahan-Bahan:

1 mangkuk kecil ikan bilis – goreng hingga garing, Sejukkan.
1 labu bawang besar- hiris
1 biji buah tomato – hiris
2 biji cili padi – potong
2 tangkai daun ketumbar
1/2 biji timun, buang biji dan hiris nipis – kalau guna timun jepun tak payah buang bijinya
1 batang serai – ambil bahagian lembut sahaja dan hiris halus

Untuk Perasa –

2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air asam limau nipis – guna sebiji yang saiz sederhana
2 sudu kecil gula pasir

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan sayurnya. Gaulkan dengan bahan perasa.

2. Gaul sebati dan tambahkan apa yang kurang.

3. Masa nak dihidangkan barulah digaulkan dengan ikan bilis supaya ikan bilis kekal rangup semasa menikmatinya. Siap.

Selamat Mencuba

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.