Resepi Kerabu Daging Ala Nyonya

0

Resepi Kerabu Daging Ala Nyonya

Bahan-Bahan:

300 gram daging batang
1 biji timun saiz kecil
5 biji bawang merah, hiris
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
5 biji cili padi, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
4 camca besar pati santan
5 -6 biji limau kasturi, perah jusnya
Gula secukup rasa
Sos ikan secukupnya

Bahan Tumbuk Halus –

2 biji cili merah
4 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar

Cara Memasak:

1. Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam bekas.

2. Timun dibelah 4, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan.

3. Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan-bahan diatas kecuali jus limau kasturi, garam dan gula serta santan. Gaul semua hingga rata, masukkan santan dan gaul lagi.

4. Tambah sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Biar sekejap dan hidangkan.

kerabu-daging-nyonya

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.