Resepi Kek Pecan Butterscotch

0

Resepi Kek Pecan Butterscotch

Kek Span Vanila –

Bahan-Bahan:

130 gm tepung Kek
125 gm gula kastor
15 gm ovalette
5 bj telur B
40 gm air
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
70 gm minyak masak/mentega cair

Cara Membuat:

1. Satukan ovalette dan gula gaul rata. Masukkan tepung, serbuk penaik dan telur yang telah diayak dan pukul hingga hingga kembang putih berkrim.

2. Satukan air dan vanila tuangkan ke dalam adunan dan pukul hingga pekat dan gebu. Masukkan minyak sedikit-sedikit dan kacau dengan senduk hingga sebati. Bakar selama 40 minit dengan suhu 180.

Untuk Sos Butterscotch –

Bahan-Bahan:

120 gram gula perang
120 gram mentega
120 gram sirap glukos
180 gram UHT whipping cream
1/2 sudu teh Garam

Cara Membuat:

1. Dalam periuk satukan gula, mentega, sirap glokus dan garam. Masak atas api sederhana, kacau selalu supaya tak hangus masak sampai semua bahan memcair.

2. Biarkan mendidih 2 minit kemudian angkat dari api dan tuang uht whipping cream, kacau sebati. Masak semula selama 2 minit sehingga pekat.

Bahan Hiasan –

150 grams kacang pecan bakar 10-15 mnt 150 – Cincang kasar
500 grams Non Dairy Whipping Cream (rich) – Putar sehingga kental

Cara Menyusun Kek:

1. Potong Kek kepada 3 bahagian. Lapisan Kek pertama tuang sos butterscotch ratakan, sapukan krim putar ke atas Kek ratakan kemudian tabur kacang pecan. Ulang semula pada lapisan Kek kedua.

2. Kemudian, letakkan lapisan kek ke tiga tabur kacang pecan. Tutup seluruh kek dengan krim putar. Ratakan kacang pecan di bahagian tepi kek. Tuangkan sos butterscotch dan tabur kacang pecan.

Resepi Oleh: Shen Nursani dari FB Group MAHN

Lagi Resepi Menarik:

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.