Resepi Kek Marble Susu Coklat Kedut

0

Resepi Kek Marble Susu Coklat Kedut

Bahan-Bahan:

4 biji telur gred A
1 cwn gula halus/gula castor (tak suka manis kurangkan 3/4 cwn)
1/2 sudu besar ovalette
3/4 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1 sudu esen vanilla
secubit garam
1 1/2 cwn tepung gandum (kalau pakai tepung kek tak perlu bubuh baking soda, tak perlu ayak dah)
1/2 cawan susu dutch lady full cream (kalau tak bubuh pun takpe)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Cara Membuat:

1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dalam 10-15 minit.

2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum, garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yang diayak.

3. Adunan dah kembang tadi masukkan susu pekat, susu dutch lady full cream dengan mixer speed perlahan. Kemudian, masukkan pula esen vanilla.

4. Masuk bahan diayak sikit-sikit. Pastu masukkan minyak dan sebatikan semua, step ni jangan pukul lama sangat. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.

5. Pastu asingkan adunan kepada dua bahagian, warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko dan kacau rata.

6. Sediakan loyang pembakar. Sapu minyak dan lapik kertas baking. Ambik senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko dan diulang sampai habis.

8. Oven panaskan dulu, suhu 170 degree (jika guna oven kecil guna suhu 160 degree) dan pakai api atas bawah, bakar selama 40-45 minit hingga masak. Dah siap kek marble minyak yang gebu.

P/s: Kalau nak kukus tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik untuk elak air kukusan masuk ke dalam kek.

Resepi Oleh: Nur Ain

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.