in

Resepi Kek Lapis Aiskrim Neapolitan

Resepi Kek Lapis Aiskrim Neapolitan

Bahan-Bahan:

250 gram butter
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung Hong Kong (diayak 3x)
1/2 cawan susu pekat
1 tin Nestle Cream (170gram)
1/2 sudu besar ovalette
1/2 cawan horlicks
50 gram aiskrim perisa vanila (dibiarkan sedikit cair)
50 gram aiskrim perisa strawberi (dibiarkan sedikit cair)
50 gram aiskrim perisa coklat (dibiarkan sedikit cair)
1 sudu teh esen vanila
strawberry emulco
chocolate emulco

Cara Membuat:

1. Pukul butter, gula, dan ovalette hingga putih dan kembang.

2. Masukkan telur 1 per 1. Masukkan esen vanila, kemudian masukkan nestle cream, horlicks, dan susu pekat. Gaul sebati.

3. Matikan mixer, masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit dan digaul hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

4. 1 adunan ditambah aiskrim perisa strawberi + strawberry emulco. 1 adunan ditambah aiskrim perisa coklat + choc emelco. 1 adunan dibiarkan plain + aiskrim perisa vanila.

5. Gris loyang menggunakan butter/oil. Lapik dasar loyang menggunakan baking paper.

6. Bakar selapis-selapis mengikut kreativiti masing-masing. Guna suhu 170 mengikut oven masing-masing. Bakar guna api atas sahaja. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Sedikit tips, untuk mendapatkan lapisan yang sekata, tekan sikit permukaan kek menggunakan penekan kek lapis sebelum memulakan lapisan yang baru.

Resepi Oleh: Florence Jonathan – MAHN