in

Resepi Kek Kukus Buah Berkeju

Resepi Kek Kukus Buah Berkeju

Bahan-Bahan:

125gm mentega
125gm cream cheese
185gm gula castor
3 biji telur gred B
220gm tepung naik sendiri
200gm buah campuran – basuh dan rendam dengan 2 sudu air selama 1 malam tapi saya rendam dalam 30 min je
1 tsp esen vanilla

Cara Membuat:

1. Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga lembut sahaja.

2. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan pula tepung dan digaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan 2 sudu besar tepung gandum ke dalam buah yang direndam dan masukkan ke dalam adunan.

4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan.