Resepi Kek Keju Nutella

0

Resepi Kek Keju Nutella

Bahan-Bahan:

283 gm biskut cracker
5 sudu mentega
1/3 Nutella
3/4 cawan kacang hazel yang dibakar (dicincang)
1 lb (453 gm) krim keju
1/2 cawan gula yang dikisar (diayak)

Cara Membuat:

1. Pecahkan biskut cracker ke dalam mangkuk, tambah mentega dan sesudu besar Nutella, gaulkan sehingga sebati.

2. Kemudian, tambahkan kacang hazel tadi dan gaulkan sehingga adunan menjadi lembap dan seolah-olah berpasir.

3. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai, tekan adunan dengan tangan anda dan masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Ambil krim keju dan gula yang diayak, dan campurkan dengan baki Nutella. Pukul kesemuanya sehingga campuran menjadi lembut.

5. Keluarkan adunan daripada peti sejuk dan ratakan campuran Nutella yang diadun tadi dengan berhati-hati.

6. Taburkan kisaran kacang hazel di atasnya dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk sehingga 4 jam atau lebih. Hidangkan.

Resepi Kek Keju Nutella

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This