Resepi Kek Gulung Green Tea

0

Resepi Kek Gulung Green Tea

Bahan-Bahan:

Bahan Kek –

1 biji telur
3 biji kuning telur – Simpan putih telur
35 gm mentega
60 gm tepung superfine – diayak
5 gm serbuk teh hijau – diayak bersama tepung
60 gm susu segar
85 gm gula kastor

Bahan Krim –

100 gm krim putar
2 sudu teh gula ising

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160’c. Pukul telur (termasuk telur kuning) hingga sebati. Ketepikan seketika.

2. Seterusnya cairkan mentega dalam kuali dan padamkan api. Masukkan tepung dan juga serbuk teh hijau. Gaul rata. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit.

3. Masukkan pula susu segar dan gaul hingga sebati. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang tidak berketul. Ketepikan seketika.

4. Pukul putih telur serta gula kastor hingga kembang dan gebu. Tuang ke dalam bekas yang mengandungi bancuhan tepung dan telur tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

5. Sapukan mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Guna Loyang bersaiz 10’ x 10’.

6. Tuang adunan dan bakar pada suhu 160’c selama 20 minit. Apabila kek telah masak, keluarkan dari Loyang dan sejukkan seketika.

7. Untuk krim, pukul krim putar bersama gula ising hingga kental. Sapukan ke atas kek dan gulung dengan kemas.

8. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidangkan.

Resepi Kek Gulung Green Tea

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This