Resepi Kek Belacan

0

Resepi Kek Belacan

Bahan-Bahan:

10 biji telur
400gm mentega
1 tin susu manis (boleh kurangkan)
1 tin kecil seri kaya
2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 gelas gula (saya kurangkan sebeb tak nak manis sangat)
2 1/2 gelas tepung gandum (ayak)
1 gelas horlick
1 botol kecil browning sugar (kira-kira 4 senduk nasi)
2 sudu makan ovalette
sedikit esen vanilla

Cara Membuat:

1. Pukul butter dengan gula sampai putih kemudian baru masukkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang.

2. Masukkan pula seri kaya dan susu manis tadi diikuti juga esen vanilla dan ovallete. Pukul rata.

3. Kemudian, masukkan browning sugar diikuti horlicks, serbuk koko dan juga tepung gandum. Pukul sampai sebati.

4. Masukkan dalam loyang dan boleh kukus atau bakar. Kalau kukus lagi sedap. Kukus selama 3 ke 4 jam lagi berbaloi hasilnya. Nak bakar boleh juga bakar selama 1 jam atau lebih ikut oven masing-masing.

Resepi Oleh: Dorothy Stella

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.