Resepi Kari Ikan Merah

0

Resepi Kari Ikan Merah

Bahan-Bahan:

2 potong ikan merah – saiz sederhana
5 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 cm halia – dihiris
1 paket kecil serbuk kari ikan
rempah ratus – bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih
10 helai daun kari
2 biji terung bulat – dibelah 4
2 biji tomato – dibelah 4
5 biji kacang bendi
3 biji cili hijau besar – dimayang
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris, daun kari dan rempah ratus sehingga naik bau dan berwarna kekuningan.

2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan dan air secukupnya.

3. Kacau rata dan didihkan.

4. Apabila telah mendidih, barulah dimasukkan ikan merah dan terung.
5. Biarkan sehingga terung empuk.

6. Akhir sekali masukkan tomato, bendi, cili hijau dan perasakan dengan garam dan gula.

7. Kacau perlahan hingga mendidih.

8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kari-Ikan-Merah

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This