Resepi Japanese Tart

0

Resepi Japanese Tart

Bahan & Cara Membuat::

Kulit Tart –

200g butter
30g gula aising
300g tepung gandum
1/2 biji putih telur
1biji kuning telur

Jem nenas/filling blueberry/strawberi/kiwi

1. Pukul butter & gula aising hingga sebati. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

2. Masukkan kuning telur serta 1/2 biji putih telur dan gaul sebati.

Adunan Kek –

500g tpg optima
5bj telur
100ml air
60g butter – cairkan

1. Masukkan tepung optima, telur, dan air, kemudian putar pada tahap slow dahulu. Kemudian, naikkan speed pada tahap yang maksima untuk dapatkan adunan yang gebu.

2. Masukkan butter yang dicairkan dan putar sebati. Bentukkan adunan kulit tart pada acuan, letak inti nenas/blueberry/strawberi/kiwi.

3. Pancitkan adunan kek tadi menggunakan piping bag ke dalam acuan kulit tart. Boleh lukiskan corak atas adunan tart.

4. Bakar pada suhu 180°c selama 15 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

Resepi Oleh: Mami Joyah

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.