Resepi Ikan Masak Acar

0

Resepi Ikan Masak Acar

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan tongkol (basuh bersih dan potong)
garam, kunyit
minyak masak secukupnya
segenggam cili kering (basuh, potong dan rendam air panas sampai lembut)
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inch halia
air secukupnya
sekeping gula kabung/nisan/melaka
garam, gula & cuka secukup rasa
2 ke 3 sudu Kicap Manis Mahsuri
boleh ditambah timun, lada potong atau lobak merah.

Cara Memasak:

1. Perap ikan dengan garam dan serbuk kunyit secukup rasa. Biar dalam 10 minit. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan biarkan ditepi.

2. Kisar cili kering, 3 biji bawang besar, bawang putih & halia dengan sedikit air sampai halus. Sebiji lagi bawang besar dipotong 4.

3. Panaskan semula minyak goreng ikan tadi, tumis bahan kisar & bawang besar potong sampai garing.

4. Masukkan air secukupnya. Tambah gula kabung, kicap manis Mahsuri, garam, gula & cuka secukup rasa. Kacau rata dan biar hingga mendidih.

5. Masukkan ikan goreng dan kacau sampai semua sebati dan pekat. Tutup api.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.