in

Resepi Hati Lembu Masak Lada Hitam

Resepi Hati Lembu Masak Lada Hitam

Bahan-Bahan:

Hati lembu
Minyak masak
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Bawang besar – dihiris besar
Cili merah besar – dihiris
Cili padi

Bahan Dikisar –

Lada hitam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bawang besar
Kunyit hidup
Cili merah besar

Cara Memasak:

1. Hati lembu, dihiris nipis lebar-lebar. Cuci dan kemudian gaul dengan 1 camca besar penuh tepung gandum, gaul rata-rata dan biar 10 minit. Kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan hati dan biar hingga mendidih.

3. Pastu masukkan air asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biarkan seketika hingga pecah minyak. Masukkan cili padi (saya letak banyak sebab saya suka).

4. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah besar. Kacau bagi sebati, rasa dan jika dah ok boleh matikan api.

Resepi Oleh: Juma Natull – MAHN