Resepi Gulai Ayam Limau Purut

0

Resepi Gulai Ayam Limau Purut

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam – dipotong ikut suka
1/3 cawan santan
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar cili kisar
3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk Perasa Maggie
Daun Limau purut
6 biji cili padi (dibuang tangkai)

Bahan Kisar –

3 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan halus
1/2 sudu besar jintan kasar

Cara Memasak:

1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan masukkan lada kering. Tumis sehingga garing.

2. Setelah garing masukkan ayam, kecilkan api dan biarkan sampai ayam masak, setelah itu masukkan daun limau purut, santan, susu cair, perasa maggie, cili padi, garam dan gula.

3. Tambahkankan sedikit air jika terlalu pekat, biarkan mereneh seketika sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup dan sedia dihidangkan.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This