Resepi Dumpling

0

Resepi Dumpling

Bahan-Bahan:

Kulit dumpling (Sha beli yang dah readymade, brand KG. Kalau di Kelantan, boleh dapatkan di Giant Tunjong)
2 dada ayam dan setengah kilogram udang yang dikisar (Sha kisar guna Fusion Master Tupperware)
2 sudu besar minyak bijan
2 susu besar kicap cair
sedikit garam dan gula
carrot dan 6 ulas bawang putih yang dikisar halus (Sha guna Turbochopper Tupperware untuk hasil yang cantik)
1 sudu kecil tepung jagung

** Nak tukar carrot dengan mushroom shitake pun best.

Cara Membuat:

1. Campur kesemua bahan tu dan gaul sebati. Ambil campuran tu dan letak atas kulit dumpling. Bentukkan jadi macam dimsum tu je.

2. Sedia untuk dikukus, pastikan anda sapu minyak kat tapak pengukus, nanti melekat. Kalau anda guna baking paper pun tetap kena sapu minyak (Sha guna Pengukus merah SteamIt, jadi tak perlu sapu minyak atau alas baking paper, terus susun dimsum tu).

3. Kukus selama 5 minit. Nak check dah masak atau tak, guna lidi pengcungkil gigi dan cucuk dimsum tu, dan kalau tak melekat apa-apa kat lidi maksudnya dah sempurna masak. Siap!

Resepi Oleh: Sharliza Ramli – MAHN

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.