in

Resepi Donut Montel

Resepi Donut Montel

Donut strawberry
Donut green apple
Saya guna strawberry dan green apple paste

Bahan-Bahan:

Bahan A –

350g high protein
150g tepung gandum
60g gula halus
50g susu tepung
1/2 sudu besar baking powder
1 sudu besar instant yeast gunakan brand (SAF supaya tiada bau yis yang kuat)

Bahan B –

1 biji telur
isi 180gm susu segar sejuk
Isi 100g whipping cream sejuk

Bahan C –

50gm butter @ marjerin

Bahan D –

5g garam

Bahan E –

10gm Cream super

Cara Membuat:

1. Adun bahan A rata. Masukkan Bahan B gaulkan sehingga menjadi doh. Masukkan C biar sehingga sebati Dan masukkan Bahan D. Saya guna mixer dan biarkan mixer adun selama 25 minit. Jika guna tangan 35 minit. Jika menggunakan BM anda gunakan yang sesuai (saya tak guna BM, tak dak BM).

2. Selepas 25 minit by mixer, off kan mixer dan keluarkan doh dan uli bersama. Letakkan doh pada papan or table work. Masukkan Bahan E CREAM SUPER dan uli lagi sehingga doh elastic lebih kurang 10 minit. Sehingga doh licin.

3. Masukkan doh dalam mangkuk besar, letakkan dalam oven bersama segelas air mendidih dan perap doh sehingga doh Naik 2 Kali ganda atau 60 minit. JANGAN ON OVEN. Bila doh naik 2 kali ganda, tumbuk doh dan uli doh untuk buang angin. Bahagikan dan timbang doh dalam 40gram.

4. Tutup doh dengan Kain dan perap doh selama 10 minit. Selepas 10 minit, Leperkan sedikit doh dengan tapak tangan. Biarkan selama 5 minit dan terap dengan penutup botol ditengah (saya guna straw). REST kan doh selama 20 minit.

5. Panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana. Balikkan donut sekali balik sahaja untuk dapatkan ring di donut.

Nota: Jika tiada whipping cream, gantikan dengan full cream milk sahaja. Jika tiada full cream milk gantikan dengan air sahaja. Whipping cream dan full cream milk menjadikan donut lebih Lemak dan enak. Jika buat untuk jualan, memadai hanya gunakan air sahaja.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Danita Daniels yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Danita Daniels.