in

Resepi Daging Masak Merah Thai

Resepi Daging Masak Merah Thai

Bahan-Bahan:

400 gm daging
sedikit pewarna merah
1 biji bawang holland dimayang
2 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang merah – dihiris
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
sedikit lada benggala merah/hijau
sedikit kobis bunga
sedikit air
minyak untuk menumis
bahan perasa secukupnya

Cara Memasak:

1. Masukkan daging dalam periuk bersama sedikit pewarna merah serta air, rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Asingkan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, bawang merah dan tumiskan hingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili serta sedikit air. Masukkan daging yang kemerahan tadi serta bahan perasa dan kacau sebati.

4. Masukkan pula lada benggala, kobis bunga serta bawang holland yang dimayang dan kacau seketika. Siap untuk dihidangkan.