Resepi Daging Kambing Masala

0

Resepi Daging Kambing Masala

Bahan-Bahan:

1 kg daging kambing

• kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana
• gaul bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit garam
• rebus dgn sedikit air hingga air kurang atau daging cukup masak

Bahan Kisar –

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai

Bahan Lain:

1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sudu biji jintan putih
1/2 sudu biji jintan manis
1/2 sudu serbuk ketumbar
3 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk garam masala
2 gelas air
Minyak masak

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.

2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.

3. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato.

4. Kemudian, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.

5. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.

6. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Hidangkan.

Resepi Daging Kambing Masala

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This