Resepi Daging Goreng Pedas ala Thai

0

Resepi Daging Goreng Pedas ala Thai

Bahan-Bahan:

1/2 kg daging – dihiris nipis
1 biji lada benggala merah – dipotong dadu
4 biji cili padi – diketuk
1 genggam daun selasih – dicincang kasar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
air secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara Memasak:

1. Daging yang telah dihiris nipis tadi diperap bersama tepung jagung, serbuk lada hitam dan 1 sudu besar sos ikan selama 1 jam.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, lada benggala, cili padi sehingga naik bau.

3. Masukkan pula daging yang telah diperap tadi ke dalam kuali dan tumiskan lagi.

4. Selepas itu, masukkan 2 sudu besar sos ikan, sos tiram, gula dan sedikit air jika perlu dan biarkan hingga mendidih serta daging menjadi empuk.

5. Masukkan bahan perasa serta taburkan daun selasih. Siap untuk dihidang.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This