Resepi Daging Goreng Lada Hitam

0

Resepi Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-Bahan:

1/2 kilogram daging batang pinang – dihiris nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
4-5 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit air
cili capsicum merah, cili capsicum hijau dan bawang besar dipotong bulat sebagai hiasan

Bahan Ditumbuk –

7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak:

1. Perapkan daging yang telah dihiris nipis bersama sedikit kunyit debu serta garam selama 15 minit.

2. Panaskan kuali, masukkan daging beserta sedikit air. Rebus hingga daging empuk.

3. Apabila daging telah empuk dan air sudah kering, masukkan minyak masak dan goreng daging.

4. Masukkan bahan yang ditumbuk bersama-sama tadi hingga naik bau, kalau nak berkuah letak sikit air.

5. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram serta serbuk lada hitam. Kacau rata.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Sedia untuk dihidangkan.

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.