Resepi Chocolate Fudge Brownies

0

Resepi Chocolate Fudge Brownies

Bahan-Bahan:

1 1/4 cawan butter
4 biji telur gred A
2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh vanilla
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan kekacang jika suka – walnut/almond

Bahan Chocolate Ganache –

125 gm dark choc – dipotong kecil
100 ml non dairy cream
Sedikit minyak atau butter

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah. Alas acuan berukuran 9 x 13 inci dengan kertas minyak. Lebihkan kertas tersebut biar tinggi sedikit dari acuan supaya mudah untuk keluarkan brownies nanti.

2. Cairkan butter atas api sederhana dan masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati. Masukkan gula dan kacau sebentar (tak perlu kacau hingga gula larut, cukup sekadar adunan sebati).

3. Kalau adunan masih panas, tunggu biar sejuk sedikit dan masukkan vanilla dan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau hingga sebati. Masukkan tepung dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.

4. Bakar lebih kurang 30 minit hingga masak. Sejukkan sebelum letakkan topping di atasnya.

Cara Buat Chocolate Ganache –

1. Masukkan coklat yang dipotong ke dalam bekas tahan panas dan ketepikan.

2. Panaskan non dairy cream hingga mula mendidih. Angkat dan tuangkan ke atas coklat tadi. Biar seminit dan Kemudian kacau hingga sebati.

3. Akhir sekali masukkan sedikit minyak atau butter dan kacau. Biar pada suhu bilik hingga pekat sedikit dan sapu/tuangkan ke atas brownies.

Resepi-Chocolate-Fudge-Brownies

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This