Resepi Chicken Cheese Ball

0

Resepi Chicken Cheese Ball

Bahan-Bahan:

500g Ayam/Daging Kisar
200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
400g Tepung Ubi
3 Biji Kentang
1 Biji Telur (Putih Sahaja)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuat:

1. Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.

2. Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama Ayam/Daging kisar.

3. Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.

4. Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.

5. Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.

6. Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang. Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti).

7. Celup bebola tadi didalam telur. Golek-golekkan sehingga sekata.

8. Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti tu kena pada semua tempat.

9. Goreng homemade Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam.

10. Siap untuk Dihidangkan.

Resepi Chicken Cheese Ball

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This