Resepi Breadstick Cheese

0

Resepi Breadstick Cheese

Bahan-Bahan:

4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis
2 cawan air suam
1 sudu kecil gula kastor
2 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
Parmesan cheese
Daun parsley (dicincang halus)

Cara Membuat:

1. Campurkan gula dalam air suam, masukkan yis dan biarkan ia berbuih dalam masa 10-15 minit.

2. Satukan tepung, garam, susu dan minyak zaitun dan masukkan air yis yang sudah berbuih kedalam satu bekas dan uli hingga sebati.

3. Selepas diuli, gelek doh leper dan besar segiempat mengikut saiz tray pembakar. Sapukan tray dengan minyak zaitun dan letakkan doh yang telah digelek.

4. Potongkan doh dengan anggaran 1 inci setengah dari hujung ke hujung menggunakan pisau. Tutup dengan plastik wrapper dan perap selama 40 minit.

5. Panaskan oven pada suhu 180c selama 15 miniit. Taburkan parmesan cheese dan daun parsley atau sapukan permukaan doh dengan topping kesukaan anda.

6. Bakar selama 25 minit dan siap untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama Sup Cendawan atau sos kegemaran anda.

Resepi Breadstick Cheese

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.