Resepi Biskut Pandan Nestum

0

Resepi Biskut Pandan Nestum

Bahan-Bahan:

250gm mentega
120gm gula icing
50gm nestum (kisar kasar)
300gm tepung redrose + 1/4 cwn
1/4 cwn susu tepung
2 sudu teh pandan paste
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau [ ikut suka nak letak atau tak ]
Untuk hiasan
1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
Nestum secukupnya

Cara Membuat:

1. Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.

2. Putar mentega dengan gula hingga sebati. Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau.

3. Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.

4. Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.

5. Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya. Bakar pada suhu 150’c dalam 15-20 minit.

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.