Resepi Biskut Chip Coklat

0

Resepi Biskut Chip Coklat

Bahan-Bahan:

1 cawan butter
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1 sdk esen vanilla
1 sdk coklat emulco
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan tepung jagung*
1 sdk soda bikabonat*
1 sdk baking powder*
1/2 sdk garam* – *satukan dan ayak
2 1/2 cawan oat – kisar halus
1 cawan blueberry kering
1 cawan coklat chip
1/2 cawan hazelnut*
1/2 cawan almond* – *dicincang
1 cawan coklat compound – disagat kasar

Cara Membuat:

1. Dalam mixer, pukul butter, gula castor dan gula perang sehingga gebu dan sebati.

2. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil terus pukul lagi bersama esen vanilla dan coklat emulco.

3. Tambahkan adunan yang di ayak sedikit demi sedikit bersama oat dan gaul sebati dengan spatula.

4. Masuk pula blueberry kering, coklat chip, hazelnut, almond dan gaul rata.

5. Akhir sekali tambahkn coklat compound yang disagat, gaul perlahan. Gunakan loyang besar dan sapu butter sedikit.

6. Ambil sebanyak 30 gm, bulat-bulatkan, leperkan dan susun diatas loyang. Buat sehingga selesai.

7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 20 minit atau sehingga masak.

9. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.

Biskut Chip Coklat

About Author

Penafian:Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.