Resepi Ayam Masak Rampai

0

Resepi Ayam Masak Rampai

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (buangkan kulit dan potong kecil)
5 biji kentang (potong kecil dan gorengkan)
1 batang carrot (potong kecil)
20 tangkai kacang sepat/buncis
1 bij capsicum merah
2 biji tomato (belah 6)
1 labu bawang besar (potong bulat)
3 biji cili merah (hiriskan kasar)
10 biji cili api (hiriskan kasar)
garam
kunyit serbuk
minyak

Bahan Tumis –

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia

Cara Memasak:

1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak (gunakan minyak bekas goreng kentang). Jangan goreng terlalu garing.

2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan masukkan ayam semula. Gaulkan rata.

3. Masukkan sayuran kacang, carrot, cili dan semua bahan lain. Gaulkan rata.

4. Jangan lupa masukkan kentang yang telah digoreng dan kacau rata. Perasakan dengan garam. Angkat dan hidangkan.

resepi-ayam-masak-rampai

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This