in

Resepi Ayam Masak Kurma

Resepi Ayam Masak Kurma

Bahan-Bahan:

1/ 2 ekor ayam (potong ikut suka)
5 bj kentang (potong ikut suka)
3 cwn santan dr 1 biji kelapa parut ( kelapa parut kisar dengan 3 cawan air, perah amik santannya)
4 bj cili merah & cili merah potong serong (hiasan)
2 senduk minyak masak
3-4 pcs bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 bj bawang besar (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
Sebesar ibu jari halia (hiris)

Bahan Pes –

3 paket kecil rempah kurma
1 sdb rata garam
1/2 sdt bahan perasa (ajinomoto)
1 pcs asam keping
3 tangkai daun kari (amik daun jer)
1/2 cawan air

Kacau semua bahan di atas, jadikan pes

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang, kayu manis, dan bahan hiris hingga naik bau.

2. Masukkan pes kurma tumis hingga betul-betul naik minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul sebati dan masukkan santan.

3. Bila dah mendidih kacau-kacau sikit. Bila dah mendidih ganas, ayam dan kentang pun dah lembut, sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Mariana Zainal