in

Resepi Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Resepi Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)

Bahan Kisar –

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Cara Memasak:

1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.

2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata.

4. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa.

5. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. Hidangkan.