in

Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan

Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam – Dibersihkan dan di potong
1/2 – 3/4 cawan kicap manis – Ikut selera
1/2 cawan santan pekat
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan Dikisar –

1 inci lengkuas
1 inci halia
1 labu bawang besar
2 – 3 batang serai
4-5 ulas bawang putih
5-10 biji cili kering
1/2 sudu kecil jintan kasar
1/2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu makan lada putih

Cara Memasak:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng semua ayam dengan minyak penuh hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis semua bahan kisar atau tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap manis, santan dan sedikit air.

3. Masak seketika kuah kicap tadi hingga kuahnya mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

4. Jika suka, boleh masukkan cili padi sebiji sebiji dalam ayam kicap. Masak seketika, sesuaikan rasa dan boehlah diangkat. Hidangkan.

Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan