Resepi Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim

0

Resepi Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim

Bahan-Bahan:

Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – mayang
Lada besar 1 biji – mayang
Cili padi 3 biji – mayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Paste asam jawa
Tepung gandum
Telur

Cara Memasak:

1. Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng.

2. Toskan minyak ayam. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.

4. Masukkan sedikit air. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.

5. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul. Bila sebati, biar sekejap dan siap!

Resepi Oleh: Fatin Pauzi – MAHN

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.