Resepi Ayam Masak Butter Milk

0

Resepi Ayam Masak Butter Milk

Bahan-Bahan:

Isi ayam – 1/2 kilo – dipotong kecil
Telur 2 biji
Tepung Gandum (2 cawan)
2 sudu kecil Blackpepper
Garam secukup rasa

Sos Buttermilk –

3 sudu besar butter
Bawang Putih (3 ulas)
Bawah Besar (ikut suka)
Daun Kari (ikut suka)
Cili padi hijau (1)
1 Tin Susu Cair
Gula Secukup rasa
Garam Secukup rasa

Cara Memasak:

1. Celup isi ayam di dalam telur, kemudian celup di dalam tepung (tepung gandum + blackpepper + garam ) dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

2. Masukkan butter dalam kuali lain. Tumiskan bawang putih dan bawang besar, cili dan daun kari hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan susu cair. Masak sekejap, perasakan dengan sedikit garam dan gula.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul dan biarkan kuah agak pekat atau ikut selera anda. Hidangkan.

Resepi Ayam Masak Butter Milkil

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This