Resepi Ayam Black Pepper

0

Resepi Ayam Black Pepper

Bahan-Bahan: (5 orang)

5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam (Dikisar Kasar)
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan Perap –

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara Memasak:

1. Perap ayam selama 30 minit.

2. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.

3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.

4. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.

5. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

7. Siap untuk dihidangkan.

 

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.