Resepi Asam Pedas Ikan Kembong

0

Resepi Asam Pedas Ikan Kembong

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan kembong – bersihkan dan potong 2
10 batang bendi
1 batang serai – dititik
1/2 cawan air asam jawa
1 cekak daun kesum
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 kuntum bunga kantan
air secukupnya

Bahan Kisar –

8 ulas bawang merah
18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
1 inci belacan

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. Tumis sehingga terbit minyak dan naik bau.

2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya, kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam.

3. Masukan ikan dan biarkan hingga merenih dan empuk. Masukkan bendi dan bunga kantan. Biarkan seketika.

4. Bila bendi sudah empuk, angkat dan asam pedas ikan kembong siap untuk dihidangkan.

resepi-asam-pedas-ikan-kembong

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This