Resepi Asam Pedas Daging

0

Resepi Asam Pedas Daging

Bahan-Bahan:

Sekilo daging rebus dulu
2 biji bawang sederhana besar (blander)
5 biji bawang kecil (blander)
5 ulas bawang putih (blander)
10 ke15 biji cili kering (rebus dan blander)
3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blander)
2 inci lengkuas (blander)
1 inci halia (blander)
1 1/2 inci belacan (blander)
1 keping gula melaka
Setengah cawan air asam jawa
Sebatang serai dikeduk
3 helai daun limau purut
Segengam daun kesum
Garam & air secukupnya.
Tomato dan kacang benci (hiasan)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan-bahan yang dah siap blander.

2. Masak sehingga bahan betul-betul masak dan garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit, masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul-betul kering.

3. Selepas itu, masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. Gaul sebati dan biarkan 5 minit daging berpalut pada bahanbahan yang lain. Kemudian, tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. Masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut.

4. Kemudian, bolehlah masukkan potongan tomata dan kacang bendi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Resepi Oleh : Nabilah Md Saad

About Author

Penafian:

Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.