Resepi Ais Krim Kacang Merah

0

Resepi Ais Krim Kacang Merah

Bahan-Bahan: ( 7 – 8 orang )

270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar
100 g gula halus (gula kastor)
1 tin kacang merah dalam tin

Cara Membuat:

1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 – 5 jam (sehingga 3/4 beku).

2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.

3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 – 2 minit hingga sebati.

4. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware atau acuan ais krim ) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

ais-krim-kacang-merah

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This