Resepi Ais Krim Coklat

0

Resepi Ais Krim Coklat

Bahan-Bahan:

4 biji kuning telur
1/2 cawan gula
500 ml susu segar
1 sudu teh tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
250 gm krim putar

Cara Membuat:

1. Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk.

2. Setelah sejuk, tuangkan bahan dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam freezer selama 2jam.

3. Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).

4. Campurkan krim putar bersama bahan yang telah disejukkan tadi, gaul rata dengan senduk sahaja. Kemudian, simpan dalam freezer semalaman.

5. Setelah itu, keluarkan dan pukul dengan mixer sehingga aiskrim kembang 2 kali ganda banyaknya.

6. Masukkan semula aiskrim ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer sehingga mengeras dan bolehlah dihidangkan bersama coklat cip.

Resepi Ais Krim Coklat

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This