Resepi Acar Ikan Kurau Masin

0

Resepi Acar Ikan Kurau Masin

Bahan-Bahan:

300 gram isi ikan kurau masin atau talang – saya gunakan ikan kurau
10 biji cili padi merah atau hijau
1 camca besar penuh gula melaka2 tangkai daun kari – dilurut
7 – 10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
2 camca besar gula atau secukupnya
secubit garam
cuka secukupnya

Bahan Kisar Kering –

1 camca teh halba
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh biji sawi
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih

*Semua bahan kisar kering digoreng tanpa minyak terlebih dahulu hingga harum kemudian kisar kering hingga halus

Bahan Kisar Halus –

1 inci halia
2 camca besar cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 bawang besar

Cara Membuat:

1. Potong isi ikan kurau berbentuk memanjang atau saiz sederhana kemudian rendam selama lebih kurang 1 jam tapi ganti selalu air rendaman setiap 20 minit. Goreng isi ikan kurau hingga setengah masak dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dengan anggaran 1/2 cawan dan tumis bahan kisar halus bersama daun kari hingga naik bau. Ketika menggoreng gunakan api kecil dan kacau selalu. Selepas itu, masukan semua bahan rempah yang dikisar kering tadi dan kacau. masak hingga harum.

3. Masukkan cuka bersama gula pasir dan gula melaka. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Tambah cili padi, ikan masin, bawang putih, dan bawang merah. Kemudian, gaul hingga rata dan tambahkan sedikit air.

4. Masak hingga pekat dan perasakan dengan garam secukupnya dan boleh tambahkan sedikit gula. Bila sudah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Nota: Ketika memasak, lebihkan sedikit minyak masa menumis. Ini supaya, acar tenggelam dalam minyak tumisan bila anda simpan dalam botol.

resepi-acar-ikan-kurau-masin

About Author

Penafian: Resepi Bonda merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan dan informasi terkini. Sebahagian gambar, artikel atau pun video yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pelbagai sumber media lain. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Comments are closed.

Share This