in

Resepi Kek Batik Marie Chocolate Ganache

Resepi Kek Batik Marie Chocolate Ganache

Bahan-Bahan:

Bahan A –

2 pek biskut Marie (300g)
250g Buttercup
1 tin susu pekat
1 cawan air masak
6 sudu besar serbuk koko
14 sudu besar milo
Telur 2 biji

Bahan B – (Topping/choc ganache)

1 cawan Whipping cream Anchor UHT
100 gram Chocolate compound
100 gram Dark Chocolate
1 sudu besar butter

Cara Membuat:

1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Saya guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian, kacau-kacau sampai sebati. Terutamanya telur.

2. Bila dah sebati, pasang api balik. Kemudian, masukkan susu sedikit. Selang seli dengan air. Bila adunan dah likat dan keluar buih-buih, maknanya adunan dah masak. Tutup api, masukkan biskut marie dan kaup balik sampai sekata.

3. Tuang biskut marie dalam loyang 10 inci. Lapik loyang dengan plastik atau guna loyang yang terbuka bawahnya. Saya lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan-tekan adunan biskut marie sampai rata. Sejukkan.

4. Sementara adunan tu sejuk, buat chocolate ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu, kemudian tuang 1 cawan whipping cream dalam bekas lain. Letakkan atas air yang dipanaskan (kaedah double boiled).

5. Kacau-kacau sampai rasa suam, masukkan chocolate. Kacau sampai cair dan sekata semua chocolate. Kemudian, masukkan butter dan kacau lagi. Siap, tutup api, angkat, dan sejukkan selama 30 minit.

6. Kemudian, tuang atas kek batik tadi. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam untuk dapatkan hasil chocolate yang cantik di atas dan mudah di potong.

Resepi Oleh: Suliza Sadzali